Download this Blogger Template by Clicking Here!

Ad 468 X 60

Saturday, February 13, 2016

Widgets

Samsung Note 5 Kini Milikku


Semenjak kehilangan Galaxy J7 ini aku dah mula berangin satu badan. Sedih dan sakit hati.

Buat sementara aku guna handphone wife aku dan tahu-tahu ajer ler kalau pinjam barang orang ni. Tengok muka dah tahu gelisah semacam..hihihihi.

Kuatnya pengaruh smartphone ini yek...
Akhirnya aku mengambil keputusan beli handphone baru, aku pun sama tak tahan tak der phone.. asik pinjam telepon bini, muka bini pun dah kelat-kelat. Sebab tak dapat main game...huhuhu.

Malam itu aku dan wife aku pun cari smartphone baru. Aku dah target nak beli smartphone yang baik punya.

Mula-mula pergi ke DiGi, ada plan yang dipanggil smarplan. Aku tengok macam tak smart jer. Kena bayar deposit smartphone dahulu dengan harga macam beli baru. Kurang beberapa ratus jer. Tak yah ler.


Kami pergi ke kedai lain iaitu Samsung juga. Aikkk...aku terlihat Samsung Note 5 dengan design yang lebih cantik. Dahulu aku lihat buruk jer design dia.. Nice dengan warna gold..pink pun ada..hihihihi.

Kemudian aku terlihat Samsung Galaxy 6 Edge+. Design memang awesome dengan lengkungan, kalau aku pakai mesti awesome!!

Tapi lepas difikirkan, aku nak beli full spec smartphone. Kalau beli Samsung edge+ baik aku beli Iphone atau Sony Experia Z5. Lebih kurang sama jer tak nampak bezanya...

Tapi kalau aku beli Note5, perbezaan ketaranya ialah Spen nya. Ia berbeza dengan smartphone yang lain.

Mengikut pengalaman aku pernah pakai Note 1. Aku merasakan nikmatnya lebih baik...kikikikiki.

Lalu aku pun ambil Note 5 sambil diperhati wife aku...ahaks. Dapat ler ole-ole pen Samsung.

Akhirnya dapat juga aku pakai Note 5. Tak sangka sebab dari dulu lagi sering berangan-angan samada aku larat ker beli Note 5 ini. Sebab harganya yang memang mahal...

Kehilangan Galaxy J7 adalah pemangkinnya...hihihi.

Thanks buat financial advisor merangkap wife aku yang meluluskan budget Note 5 aku.

Aku memang cukup puas hati dapat yang idamkan tapi rasa macam tak boleh dapat tapi dapat juga.

SHARE THIS POST   

  • Facebook
  • Twitter
  • Myspace
  • Google Buzz
  • Reddit
  • Stumnleupon
  • Delicious
  • Digg
  • Technorati
Author: Hanif
Hanif is the founder of Han's Network which offers Web Services and Online Business Solutions to clients around the globe. Read More →